Free · 100% BM · Telegram-first

Penjejak kalori yang faham nasi lemak, bukan setakat dada ayam.

OSaji adalah bot Telegram percuma dengan AI Vision dan 2,700+ database makanan tempatan. Hantar gambar makan, bot kira semuanya. Tak perlu install app.

Nasi Lemak set: nasi, sambal, ikan bilis, kacang, telur, timun, ayam goreng
● Scan
kcal
562
protein
18g
karbo
68g
lemak
24g

── Origin

Kenapa OSaji wujud?

Saya pernah cecah 95 kg. Cuba Intermittent Fasting, cuba OMAD. Turun sekejap, naik balik. Pattern yang ramai orang kenal.

Akhirnya saya kembali pada benda asas: kalori masuk lawan kalori keluar, plus senaman yang konsisten. Tapi nak track makanan Malaysia dalam app luar macam MyFitnessPal? Painful. Cari "nasi goreng kampung", yang keluar "chicken fried rice dari Panda Express".

Jadi saya bina OSaji untuk diri sendiri. Supaya tak payah teka-teka kalori rendang atau char kuey teow. Kalau benda ni boleh bantu saya, mungkin ia boleh bantu awak juga.

Azree, solo dev

── Toolkit

Yang awak dapat dalam satu chat.

AI Vision Scan

Hantar gambar, bot kira. Tak payah taip apa-apa. AI cam tiap-tiap item dalam pinggan, lepas tu pecahkan kalori, protein, karbo, lemak.

Database KKM + JKN

2,700+ makanan tempatan. Ayam masak merah, rendang, char kuey teow, kuih muih. Data rasmi yang sesuai untuk perut orang Malaysia.

Auto-Calibrate Target

Log berat mingguan. Target kalori auto-adjust ikut progress sebenar awak, bukan formula statik yang abai reality.

100% Privasi (PDPA)

Data awak hak awak. Google AI tak guna data peribadi anda untuk training. Boleh eksport atau padam (CASCADE) bila-bila masa.

── Assembly

3 langkah, semua tersusun.

  1. 01

    Buka Telegram

    Klik butang. Tak perlu download app baru, tak perlu sign up panjang.

  2. 02

    Isi Profil (2 minit)

    Berat, tinggi, target. Bot kira asas kalori guna Mifflin-St Jeor.

  3. 03

    Mula Scan

    Hantar gambar makan tengah hari. Macros dipecahkan dalam 30 saat.

── Open book

Dibina solo, dikongsi terbuka.

OSaji 100% percuma. Tiada paywall, tiada iklan. Setiap AI scan kos dalam RM 0.05 dari poket saya sendiri. Kalau tool ni tolong awak, donate optional untuk pastikan server tetap jalan.

stack/manifest
bot
Telegram Bot API · Supabase Edge (Deno)
web
Astro · Tailwind · Cloudflare Workers
db
Supabase Postgres · RLS · Singapore region
ai
Gemini 2.5 Flash + Flash Lite
pay
Chip Collect · FPX + DuitNow
data
KKM + JKN Bank Kalori datasets
── Apa yang next
Now

Close-circle testing dengan friends + family.

Next

Log makanan + scan AI terus dari web dashboard.

Soon

Contribute barcode-tak-ada balik ke Open Food Facts.

Later

Antara muka WhatsApp Business, partnership dietitian, mungkin native app.

Sedia track kalori tanpa pening kepala?

Percuma. Dalam Bahasa Malaysia. Cuma perlukan Telegram.

Buka @OSaji_bot → atau /web kalau dah ada