── Tentang
Tool yang saya bina sebab saya sendiri perlukan.
OSaji bukan startup. Bukan funded. Cuma satu projek solo yang saya kongsi sebab kalau ia berguna untuk saya, mungkin ia berguna untuk awak juga.
Cerita pendek
Saya pernah berat 95 kg. Macam ramai orang, saya cuba semua jenis diet trend. Intermittent Fasting. OMAD. Keto sekali. Dapat turun, lepas tu naik balik.
Akhirnya saya kembali pada formula paling membosankan: jaga kalori yang masuk, dan bersenam dengan konsisten. Tiada shortcut. Tapi masalah baru muncul, nak track kalori makanan Malaysia memang susah.
Saya cuba MyFitnessPal, Lose It, Cronometer. Semua US-first. Cari "nasi lemak", keluar "rice and chicken curry". Cari "char kuey teow", keluar "stir-fried noodles". Database mereka ada chicken breast dengan oatmeal, bukan apa yang kita betul-betul makan setiap hari.
Jadi saya bina OSaji. Telegram-first sebab tu app yang saya buka 20 kali sehari. AI Vision sebab saya malas taipkan butiran setiap item. Database KKM + JKN sebab tu data rasmi yang sesuai untuk masakan kita.
Apa yang siap setakat ni
- ▸
Bot Telegram penuh dengan log makanan, scan gambar AI, combo multi-item, barcode lookup, dan tracking berat.
- ▸
Database 2,700+ makanan tempatan dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Jabatan Kesihatan Negeri (JKN).
- ▸
Web dashboard kat osaji.app untuk lihat sejarah, berat chart, profile, dan donate.
- ▸
Integrasi pembayaran Chip Collect untuk donate (FPX, DuitNow QR, kad kredit). Donate sukarela, tiada paywall.
- ▸
PDPA-compliant. Awak boleh eksport atau padam data bila-bila masa via bot.
── Solo dev
Azree Hanifiah
Saya bukan software engineer dan bukan dietitian. Saya orang awam yang ada kesedaran kesihatan, dan kebetulan boleh sambung block coding bila perlu.
OSaji dibangunkan di bawah Stratazr Digital Solutions. Kalau awak ada idea, feedback, atau nak collaborate, saya selalu bukak inbox.
Free · BM · Tiada install