── Sumber KKM
Wellness Hub berhampiran awak
Wellness Hub (WH) ialah kemudahan percuma di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia. Ia pelengkap fizikal kepada tracking digital OSaji, dengan saringan kesihatan, nasihat pemakanan, dan program aktiviti fizikal. Ada 38 lokasi di seluruh negara, dan setiap satu menawarkan pakej perkhidmatan teras yang sama.
Pakej Perkhidmatan Teras
Wajib di setiap WHSetiap Wellness Hub menyediakan lima pakej perkhidmatan teras ini. Semuanya percuma dan berasaskan bukti, direka untuk membantu awak faham status kesihatan dan bertindak ke atasnya.
- 1
Saringan Faktor Risiko & Tingkah Laku
Analisis komposisi tubuh (InBody), ujian kecergasan & keaktifan, saringan amalan tingkah laku (skor COM-B), dan status merokok atau vape.
- 2
Intervensi Pengurusan Berat Badan
Program berstruktur berasaskan bukti untuk menurunkan berat badan, lengkap dengan susulan dan pemantauan berkala.
- 3
Aktiviti Fizikal Berkala
Pelan senaman berstruktur, senaman ringan mencegah gaya hidup sedentari (X-Break), dan terapi senaman.
- 4
Perkhidmatan Berhenti Merokok
Ujian ketagihan Fagerstrom, penetapan tarikh berhenti (quit date), dan rujukan untuk farmakologi jika perlu.
- 5
Kesihatan Mental & Kefungsian Fizikal
Pakej resilien untuk kesejahteraan mental, serta intervensi meningkatkan mobilisasi dan kefungsian fizikal, khusus untuk warga emas.
Cari lokasi
Tekan negeri pada petaMenunjukkan semua negeri
Zon Utara
11 lokasiPerlis
Kedah
Pulau Pinang
Zon Tengah
5 lokasiSelangor
Zon Selatan
8 lokasiNegeri Sembilan
Melaka
Johor
Zon Timur
6 lokasiKelantan
Terengganu
Pahang
Zon Malaysia Timur
8 lokasiSarawak
Sabah
Tiada Wellness Hub untuk pilihan ini.
Sumber data: Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), "Senarai Wellness Hub 2026". Kemaskini sehingga 12 Januari 2026. Alamat diambil dari direktori rasmi InfoSihat KKM. Peta negeri oleh Exiang (Wikimedia Commons, CC BY 3.0).
OSaji memaparkan senarai ini untuk kemudahan awam sahaja. Sila sahkan waktu operasi & perkhidmatan terus dengan WH berkenaan sebelum pergi. Alamat & nombor telefon boleh berubah, dan sesetengah WH (cth Sibuti, Sarawak) masih dalam pembinaan tanpa alamat rasmi. Butang arah membuka carian Google Maps.
Free · BM · Tiada install